salam...


Isnin, 21 Februari 2011

tANDA2 kIAMAT...

Hari Kiamat semakin hampir. Petanda-petanda yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW hampir semuanya sudah dan sedang berlaku.

Dari Auf b. Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.”-(sahih Bukhati)-
 1 ) Zina Bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan dating.”-(Sahih Muslim)-
 2) Bermaharajalela Alat Muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab : Apabila telah bermaharajalela muzik & penyanyi wanita.”-(Ibnu Majah)-
 3) Menghias masjid & membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah dalam mendirikan masjid.”-(Riwayat Nasai)-
 4) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
”Tidak akan dating kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”-(Riwayat Ahamad & Hakim)-
 5) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan dating hari kiamat sehingga ALLAH SWT mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi. Maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan mungkar dan tidak mengingkari kemungkaran.”-(riwayat Ahmad)-
6) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja
“Sesungguhnya diantara tanda-tanda teah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.”-(Riwatay Ahmad)-
 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang palingbaik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
-(Riwayat Thabrani)-

 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusiatidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja.”-(Riwayat Ahmad)-

 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.-(Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. )-
 10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”-(Riwayat Thabrani)-
11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu.”-(Sahih Muslim)-
 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”-(Riwayat Ahmad)-

 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadipadang rumput & sungai-sungai”-(Sahih Muslim)-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan