salam...


Jumaat, 18 Februari 2011

Bagaimanakah kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH SWT...?

       Nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita amat banyak. Begitu juga dengan peluang untuk bersyukur pada ALLAH SWT amat luas kerana setiap nikmat yang dimiliki adalah kurniaan Yang Maha Berkuasa. Bagaimanakah kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH SWT. Apakah memadai dengan menceritakan kepada orang lain dengan penuh kegembiraan bahawa kita telah mendapat nikmat yang banyak? atau dengan mengadakan perti secara besar-besaran untuk melahirkan rasa bersyukur?.

Firman ALLAHSWT :
"sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKU kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKU amatlah keras."

          Setengah ulama Islam menggariskan bahawa syukur ialah menyedari nikmat-nikmat ALLAH SWT dengan hati, menyebutnya dengan lidah (lisan) dan menggunakan semua anggota tubuh badan untuk melakukan taat pada perintahNYA.

          Seorang ulama, Afir Abdul Fatah Tabaroh berkata : "Seseorang yang bersyukur hendaklah lidah sentiasa basah dengan memuji Tuhannya kerana menyedari bahawa segala nikmat adalah kurniaanNYA. Disamping itu pula hendaklah anggota tubuhkan sentiasa melakukan amalan-amalan taat kepada perintah ALLAH SWT."

Firman ALLAH SWT :
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH SWT, dan apabila kamu ditimpa kemudaratan maka kadapaNYA lah kamu meminta pertolongan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan