salam...


Khamis, 24 Mac 2011

hUKUM wANITA mEMAKAI wANGIAN...

Rasulullah SAW bersabda :
“Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian lalu ia melewati sekelompok orang agar mereka mencium wanginya maka wanita itu pezina.” 

-(HR. An Nasai, Abu Daud dan lainnya, dengan isnad hasan kata Syaikh Al-Albani dalam Jilbab, hal. 137)-

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah ia memakai wangi-wangian.”
-(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)-
“Siapa saja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah ia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”
-(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)-
“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi dari janabat.”
-(Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)-
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid niscaya tidak diterima sholatnya sehingga ia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).”
-(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)-


”Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak- budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

-( An Nuur : 30-31 )-

Jumaat, 11 Mac 2011

pUiSI bUAT iBU...

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
sehingga diriku beranjak dewasa

Ibu...

adalah wanita yang selalu siap tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...

adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...

telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Ibu...
Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mengambil perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...

engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...

jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...

hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH

Isnin, 7 Mac 2011

hADIS 40 nABi mUHAMMAD sAW...

Hadis 40 adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak 42 buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

HADIS PERTAMA

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :  
"Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya"
HADIS KEDUA

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW lalu berkata : 

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? 
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. 
Sipemuda : Benar katamu. 
(Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya) 
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? 
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada ALLAH, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir ALLAH yang baikNya atau yang burukNya. 
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? 
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya ALLAH sentiasa dapat melihat engkau. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. 
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. 
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? 
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi. 
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : 
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? 
Umar Al-Khattab : ALLAH dan RasulNya jua yang mengetahui. 
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

HADIS KETIGA

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : 
"Islam itu didirikan atas 5 (pekara) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan"
HADIS KEEMPAT

Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya :
"Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 perkara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu"
HADIS KELIMA

Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak",  diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : "Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak"
HADIS KEENAM

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan ALLAH itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
HADIS KETUJUH

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda :
"Agama itu adalah nasihat" Kami sekalian bertanya : Untuk siapa ? Maka jawab Rasulullah SAW : "Bagi ALLAH, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya"
HADIS KETUJUH

Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain ALLAH dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada ALLAH Ta'ala"
HADIS KESEMBILAN

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka"
HADIS KESEPULUH

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya ALLAH Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin (para Rasul)". ALLAH berfirman : "Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh" Dan ALLAH berfirman lagi : "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu" Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan.

HADIS KESEBELAS

Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : Aku menghafal dari Rasulullah SAW : 
"Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu"
HADIS KEDUA BELAS

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya"
HADIS KETIGA BELAS

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :
Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
HADIS KEEMPAT BELAS

Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab iaitu janda yang berzina, jiwa dengan jiwa (membunuh tanpa hak) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah"
HADIS KELIMA BELAS

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya"
HADIS KEENAM BELAS

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : 
"Nasihatilah kepadaku..! Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : Jangan marah!"
HADIS KETUJUH BELAS

Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan penyembelihannya"
HADIS KELAPAN BELAS

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW sabdanya :
"Bertaqwalah kepada ALLAH di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus"
HADIS KESEMBILAN BELAS

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :  Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya) lalu baginda bersabda :
"Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) ALLAH, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) ALLAH, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada ALLAH semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada ALLAHsemata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh ALLAH. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan ALLAHke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (dakwat) buku catatan"'
HADIS KEDUA PULUH

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah  Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu"
HADIS KEDUA PULUH SATU

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW :
"Katakanlah, aku beriman kepada ALLAH, kemudian hendaklah engkau beristiqamah"
HADIS KEDUA PULUH DUA

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : "Ya"

HADIS KEDUA PULUH TIGA

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya"
HADIS KEDUA PULUH EMPAT

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya ALLAH Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata :
"Wahai hamba-hambaKu Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu Kamu sekalian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku  Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku  Sekalian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. Wahai hamba-hambaku  Sekalian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba-hambaku  Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba-hambaku  Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku  Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku  Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. Wahai hamba-hambaku  Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji ALLAH dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri"
HADIS KEDUA PULUH LIMA

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu. Bersabda Nabi SAW :
"Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah..? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah". Bertanya para sahabat : Ya Rasulullah  Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga..? Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya..? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala"
HADIS KEDUA PULUH ENAM

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :
"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara 2 orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah"
HADIS KEDUA PULUH TUJUH

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda :
"Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya". (Riwayat Muslim) Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya :  Engkau datang bertanyakan erti kebajikan..?  Aku menjawab :  Ya . Sabda Rasulullah SAW lagi : "Tanyalah hati engkau.  Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu"
HADIS KEDUA PULUH LAPAN

Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya :  Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya :  Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan.  Sabda Rasulullah SAW :
"Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada ALLAH Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk (daripada ALLAH) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan"
HADIS KEDUA PULUH SEMBILAN

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :  Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Jawab Nabi SAW :
"Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh ALLAHTa'ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah ALLAHdan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah". Kemudian Nabi bersabda lagi : "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : Mahu ya Rasulullah, Sabda baginda : "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad". Kemudian Nabi bersabda lagi : "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini..? " Aku menjawab : Mahu ya Rasulullah. Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : "Awas, jaga ini baik-baik". Aku bertanya :  Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya..? Baginda lalu menjawab : "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka"
HADIS KETIGA PULUH

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud (batasan) maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya"
HADIS KETIGA PULUH SATU

Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya :  Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. Maka dijawab Nabi :
"Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh ALLAHdan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai"
HADIS KETIGA PULUH DUA

Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Tiada mudharat dan tiada memudharatkan"
HADIS KETIGA PULUH TIGA

Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda :
"Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang memungkiri harus bersumpah"
HADIS KETIGA PULUH EMPAT

Dari Abi Said Al-Khudri r.a katanya :  Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman"
HADIS KETIGA PULUH  LIMA

Dari Abu Hurairah r.a, katanya :  Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya"
HADIS KETIGA PULUH  ENAM

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW dari Nabi SAW yang bersabda :
"Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya ALLAH akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya ALLAH akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup keaipannya di akhirat. Dan ALLAH selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya ALLAH akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah ALLAH, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut ALLAH kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya"
HADIS KETIGA PULUH TUJUH

Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala katanya :
"Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja"
-(Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya)-
HADIS KETIGA PULUH LAPAN

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu (orang yang setia padaku), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub (beramal) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia"
HADIS KETIGA PULUH SEMBILAN

Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka"
HADIS KEEMPAT PULUH

Dari Ibn Umar r.a. katanya :  Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda :
"Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara". Maka Ibn Umar berkata : Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
HADIS KEEMPAT PULUH SATU

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tiada beriman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya patuh kepada apa yang aku sampaikan"
HADIS KEEMPAT PULUH DUA

Dari Anas r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berfirman ALLAH Ta'ala : Wahai anak Adam  Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula"

Jumaat, 4 Mac 2011

sUDAHKAH kITA bERTAKWA...!?

Orang yg bertakwa akan sentiasa memelihara dirinya daripada semua batas & hukum-hukum agama. Segala yg wajib & yg sunat akan dilaksanakan. Manakala yg haram & makruh akan ditinggalkan. Bukan itu sahaja, malah mereka sgt berpada-pada dgn segala yg halal kerana takut dihisab. Ini selaras dgn kata-kata Saidina Ali : "Aku sgt berhati-hati dgn dunia kerana haramnya diazab, halalnya dihisab."

Apabila seseorg memelihara hukum-hukum ALLAH, maka ALLAH akan memeliharanya dan ALLAH lah sebaik-baik pemelihara. Dalam erti kata lain, dgn bertaqwa seseorg telah mengambil ALLAH sebagai pemelihara dlm kehidupan dunia & akhiratnya. Rasulullah SAW bersabda : "Peliharalah ALLAH nescaya engkau akan dapati DIA ada dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada ALLAH & jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada ALLAH." (Riwayat Ahmad)

Soalnya sekarang apakah kita telah dipelihara ALLAH...? Jawabannya bergantung kepada sejauh mana kita telah memelihara hukum-hakam, batasan & segala kehendak ALLAH...? Alhasil, sehingga kini kita belum mendapat bantuan ALLAH dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

Al-Quran telah menegaskan, jaminan kejayaan hanya untuk muttaqin. Dan org yg bertakwa akan berjaya mengatsai masalahnya & segala tipu daya musuh. Hanya dgn menjadi seorg Islam (Muslim) belum menjamin kejayaan ke atas musuh.

Dan ditegaskan bahawa muttaqin iaitu mereka yg memiliki 2 kekuatan. Pertama, kekuatan rohaniah yg bersumberkan ibadah & sifat-sifat mahmudah. Kedua, kekuatan lahiriah yg dibangunkan secara optimum mengikut batas keupayaan yg paling tinggi.

Maksudnya, org yg bertaqwa ialah mereka yg baik hubungannya dgn ALLAH & manusia. Dan mereka juga cemerlang dalam bidang-bidang yg berkaitan dengan kehidupan. Ini selaras dgn peranan manusia di muka bumi sepertimana tercatat dalam Al-Quran sebagai hamba & khalifah dimuka bumi ini.

Jika dilihat dari sudut ini, jelas umat Islam ini belum bertaqwa. Walaupun masih mengakui dirinya Islam, tetapi ramai  antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan pemikiran & tindakan. Malah ramai pemimpin Islam di seluruh dunia masih didominasi oleh pemikiran sekular, sifat mazmumah & perbuatan mungkar walaupun masih beragama Islam. Inilah yg menyebabkan kita belum layak mendapat pembelaan ALLAH SWT.

Dari segi kekuatan lahiriah khususnya dlm bidang ketenteraan, ekonomi, sanis & teknologi. Jelas kekuatan pihak musuh Islam masih mengatasi kita. Padahal muttaqin tidak pernah meminggirkan faktor ini kerana ALLAH sendiri telah mengingatkan dalam firmanNYA yg bermaksud : "Dan bersiap sedialah kamu dengan segala kekuatan daripada tentera-tentera berkuda..." (surah al-anfal 8:60)

Maksudnya, org yg bertaqwa tidak mengabaikan persiapan lahiriah optimum, kerana itu juga hakikatnya perintah ALLAH. Bahkan merakalah yg palng serius menyiapkan diri sebaik mungkin. Cuma andainya berlaku kukurangan juga, bantuan ALLAH akan menampung "kekurangan" lahiriah itu dgn syarat ketaqwaan mereka sudah mencapai yg layak diberi bantuan.

Salah sama sekali, jika dikatakan muttaqin hanya bersenjatakan doa & zikir utk menentang musuh-musuhnya. Muttaqin yakin, takwa kekuatan primer & lahiriah adalah kekuatan sekunder. Inilah yg dibuktikan oleh pemimpin Islam seperti Muhammad Al-Fateh & Sultan Salehuddin Al-Ayyubi. Mereka pakar rohani & mereka juga pakar strategi. Mereka dikurniakan akal & ilham yg luar biasa ketika menghdapi musuh-musuh Islam.

Malangnya, ketakwaan & kekuatan lahiriah kita masih tidak mencapai tahap yg dimaksudkan. Kecanggihan teknologi & perangcangan strategik musuh jauh mengatasi kita. Ditambah dgn kekurangan sifat taqwa, maka kita dgn mudah diratah oleh tipu daya & kekuatan musuh. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kita belum memahami sepenuhnya sama ada yg tersurat, apatah lagi memahami yg tersirat dibalik pesan taqwa...!