Orang yg bertakwa akan sentiasa memelihara dirinya daripada semua batas & hukum-hukum agama. Segala yg wajib & yg sunat akan dilaksanakan. Manakala yg haram & makruh akan ditinggalkan. Bukan itu sahaja, malah mereka sgt berpada-pada dgn segala yg halal kerana takut dihisab. Ini selaras dgn kata-kata Saidina Ali : "Aku sgt berhati-hati dgn dunia kerana haramnya diazab, halalnya dihisab."
Apabila seseorg memelihara hukum-hukum ALLAH, maka ALLAH akan memeliharanya dan ALLAH lah sebaik-baik pemelihara. Dalam erti kata lain, dgn bertaqwa seseorg telah mengambil ALLAH sebagai pemelihara dlm kehidupan dunia & akhiratnya. Rasulullah SAW bersabda : "Peliharalah ALLAH nescaya engkau akan dapati DIA ada dihadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada ALLAH & jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada ALLAH." (Riwayat Ahmad)
Soalnya sekarang apakah kita telah dipelihara ALLAH...? Jawabannya bergantung kepada sejauh mana kita telah memelihara hukum-hakam, batasan & segala kehendak ALLAH...? Alhasil, sehingga kini kita belum mendapat bantuan ALLAH dalam menghadapi musuh-musuh Islam.
Al-Quran telah menegaskan, jaminan kejayaan hanya untuk muttaqin. Dan org yg bertakwa akan berjaya mengatsai masalahnya & segala tipu daya musuh. Hanya dgn menjadi seorg Islam (Muslim) belum menjamin kejayaan ke atas musuh.
Dan ditegaskan bahawa muttaqin iaitu mereka yg memiliki 2 kekuatan. Pertama, kekuatan rohaniah yg bersumberkan ibadah & sifat-sifat mahmudah. Kedua, kekuatan lahiriah yg dibangunkan secara optimum mengikut batas keupayaan yg paling tinggi.
Maksudnya, org yg bertaqwa ialah mereka yg baik hubungannya dgn ALLAH & manusia. Dan mereka juga cemerlang dalam bidang-bidang yg berkaitan dengan kehidupan. Ini selaras dgn peranan manusia di muka bumi sepertimana tercatat dalam Al-Quran sebagai hamba & khalifah dimuka bumi ini.
Jika dilihat dari sudut ini, jelas umat Islam ini belum bertaqwa. Walaupun masih mengakui dirinya Islam, tetapi ramai antara kita tidak meletakkan Islam sebagai landasan pemikiran & tindakan. Malah ramai pemimpin Islam di seluruh dunia masih didominasi oleh pemikiran sekular, sifat mazmumah & perbuatan mungkar walaupun masih beragama Islam. Inilah yg menyebabkan kita belum layak mendapat pembelaan ALLAH SWT.
Dari segi kekuatan lahiriah khususnya dlm bidang ketenteraan, ekonomi, sanis & teknologi. Jelas kekuatan pihak musuh Islam masih mengatasi kita. Padahal muttaqin tidak pernah meminggirkan faktor ini kerana ALLAH sendiri telah mengingatkan dalam firmanNYA yg bermaksud : "Dan bersiap sedialah kamu dengan segala kekuatan daripada tentera-tentera berkuda..." (surah al-anfal 8:60)
Maksudnya, org yg bertaqwa tidak mengabaikan persiapan lahiriah optimum, kerana itu juga hakikatnya perintah ALLAH. Bahkan merakalah yg palng serius menyiapkan diri sebaik mungkin. Cuma andainya berlaku kukurangan juga, bantuan ALLAH akan menampung "kekurangan" lahiriah itu dgn syarat ketaqwaan mereka sudah mencapai yg layak diberi bantuan.
Salah sama sekali, jika dikatakan muttaqin hanya bersenjatakan doa & zikir utk menentang musuh-musuhnya. Muttaqin yakin, takwa kekuatan primer & lahiriah adalah kekuatan sekunder. Inilah yg dibuktikan oleh pemimpin Islam seperti Muhammad Al-Fateh & Sultan Salehuddin Al-Ayyubi. Mereka pakar rohani & mereka juga pakar strategi. Mereka dikurniakan akal & ilham yg luar biasa ketika menghdapi musuh-musuh Islam.
Malangnya, ketakwaan & kekuatan lahiriah kita masih tidak mencapai tahap yg dimaksudkan. Kecanggihan teknologi & perangcangan strategik musuh jauh mengatasi kita. Ditambah dgn kekurangan sifat taqwa, maka kita dgn mudah diratah oleh tipu daya & kekuatan musuh. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kita belum memahami sepenuhnya sama ada yg tersurat, apatah lagi memahami yg tersirat dibalik pesan taqwa...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan