salam...


Sabtu, 26 Februari 2011

60 pETUA mENDAPATKAN pASANGAN...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah SWT dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insy'allah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni Berusahalah untuk mencuti hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu hansome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

"takkan kau rasai indahnya cinta, andai tiada cinta buat Yang ESA"



Jumaat, 25 Februari 2011

Wasiat Nabi Muhammad SAW : Redha dgn Qadha dan Qadar ALLAH...

Rela terhadap ketentuan, kehendak & kekuasaan ALLAH SWT adalah wajib hukumnya serta merupakan tanda adanya iman di hati seseorang.
“Barangsiapa yg tidak meredhai qadha-KU & tidak bersabar atas bencana yg AKU timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yg lain selain daripada-KU”

-(HR Thabrani)-
Dalam Al-quran, ALLAH SWT berfirman :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH SWT mengetahui orang2 yg benar & sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yg dusta (dalam keimanannya).”

-(Al-Ankabut:2-3)-
Dgn berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda :
“Bahawasanya ALLAH SWT akan mencuba salah seorg kamu dgn sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorg kamu mencuba (menguji) emas dgn api. Maka diantara mereka ada yg keluar seperti emas asli, iaitu mereka yg dilindungi & dipimpin oleh ALLAH SWT dgn perkara syubhat & ada diantara mereka ada yg keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yg mendapat fitnah”

-(HR. Thabrani)-
"ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-MU dgn ilmu-MU, memohon ketetapan dgn kekuasan-MU & aku memohon karunia-MU yg sgt agung, krn sesungguhnya ENGKAU maha berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali & ENGKAU Maha mengetahui segala yg ghaib. Baik dlm waktu dekat maupun yg akan dtg, jika tidak baik maka jauhkanlah urusan itu dariku & jauhkan aku darinya, serta tetapkanlah yg baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku org yg ridha dgn ketetapan tersebut...
“…(ketahuilah) sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat”

(Al-Baqarah ayat 214
 Hanya dgn ALLAH, hati akan menjadi tenang…


Rabu, 23 Februari 2011

aMALAN & fADHILAHNYA...

-> KEUTAMAAN MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN

“Siapa yg mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala org yg mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun & siapa yg mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yg mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun”.
-(HR. Muslim no. 2674)–
-> AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR
“Sesunguhnya ada dari umatku yg diberikan pahala seperti pahalanya generasi pertama, (hal tersebut karena) mereka mencegah kemungkaran.”   
-(Silsilah Shahihah Juz IV/275)-
-> BELAJAR AL QURAN DI MASJID
“Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah ALLAH yg di dalamnya mereka membaca Al Quran & mempelajarinya, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan, dicurahkan rahmat & dikelilingi oleh para malaikat, serta ALLAH sebut-sebut mereka pada (makhluk) yg ada di sisiNya.”
-(HR. Muslim no. 1417)-
-> MEMBERI SALAM
“Sesungguhnya yg pasti mendatangkan ampunan adalah mengucapkan salam & pemberian yg baik.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah Juz 3/29)-
-> CINTA KARENA ALLAH
“Sesungguhnya ALLAH berfirman pada hari kiamat, ‘mana org2 yg saling mencintai karena kebesaran-KU, hari ini AKU naungi mereka pada saat tidak ada naungan selain naungan-KU.” 
-(HR. Muslim, Shohihul Jami’: 1915)-
-> MELINDUNGI SAUDARA (REKAN) KARENA ALLAH
“Siapa yg mengunjungi org sakit atau mengunjungi saudaranya karena ALLAH, maka akan ada yg memanggilnya : ‘kebaikan buatmu dan perjalananmu, & pesanlah tempat kamu di surga.” 
-(HR. Tirmidzi no. 2008, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)-
-> MEMBANTU ORANG LAIN DAN MEMENUHI KEBUTUHAN MEREKA
“Siapa yg memenuhi kebutuhan saudaranya, niscaya ALLAH akan memenuhi kebutuhannya.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah: V/478)- 
“Sungguh jika saya berjalan bersama saudara saya yg muslim dlm rangka memenuhi kebutuhannya hal ini lebih saya sukai dari I’tikaf di masjid selama sebulan.”
-(Al Jami’ Ash Shohih:176)-
-> MEMBAHAGIAKAN ORANG BERIMAN
“Sebaik-baik amalan adalah mendatangkan kesenangan terhadap saudaramu yg beriman, melunaskan hutangnya & memberinya makan dgn sekerat roti.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah Juz III/481)-
-> MENOLONG ORANG DALAM MASALAH HUTANG
“Siapa yg menunda (pembayaran hutang) org yg kesulitan atau menggugurkannya niscaya akan ALLAH berikan dia naungan pada hari tidak ada naungan selain naungan-NYA.” 
-( Shohihul Jami’ no. 6160)- 
“Siapa yg memberikan kemudahan bagi org yg kesulitan niscaya akan Allah  berikan kemudahan baginya di dunia &akhirat.” 
-(Shohih Ibnu Majah: 2408)-
-> MENUTUP AIB ORANG LAIN
“Siapa yg menutupi aib seorg muslim maka akan ditutupi aibnya di dunia & di akhirat.” 
-(Shohih Ibnu Majah Juz II/79)-
-> MEMBELA KEHORMATA ORANG MUSLIM
“Siapa yg membela kehormatan saudaranya, niscaya ALLAH akan melindungi wajahnya dari api neraka pada hari kiamat.” 
-(Shohihul Jami’ no. 6262)-
-> SILATURAHIM
“Org2 yg berbuat kebaikan melindungi dirinya dari mati buruk, shadaqah yg disembunyikan & akan meredam murkanya RABB, silaturrahim akan menambah umur.” 
-(HR. Thabrani, lihat Shohih Targhib wa Tarhib Juz I/216)-
-> AKHLAQ YANG BAIK
“sesungguhnya seseorg yg berakhlaq baik akan mendapatkan derajat org yg bangun malam (beribadah) & puasa pada siang harinya.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shihah Juz II/421)-
-> MENYINGKIRKAN GANGGUAN DI JALAN
“Siapa yg menyingkirkan bahaya apa saja dari jalannya kaum muslimin, ALLAH akan mencatat baginya kebaikan & siapa yg dicatat baginya kebaikan maka ALLAH akan memasukkannya ke surga.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah Juz V/386)-
-> MENANAM TUMBUH-TUMBUHAN
“Siapa yg menanam tumbuh-tumbuhan kemudian dimakan sebagian anak Adam atau diantara makhluk ALLAH, niscaya baginya (pahala) shadaqah.” 
-(HR. Ahmad no. 2600, lihatShohih Targhib wa Tarhib juz II/354)- 
“7 (golongan) yg tetap mengalir bagi mereka pahalanya saat dia dikubur setelah kematiannya : yg mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali (membuat) sumur, mewariskan mushhaf, meninggalkan anak yg memintakan ampunan untuknya setelah mati.” 
-(Shohih TArghib wa Tarhib juz I/17)-
-> PENYAYANG
“Siapa yg memiliki rasa belas kasih meskipun terhadap sembelihan burung merpati, niscaya ALLAH akan menyayanginya pada hari kiamat.” 
-(Silsilah Al Ahadits Ash Shohihah no. 27)-
-> MENAHAN AMARAH
“Siapa yg mampu menahan amarah sedangkan dia mampu melakukannya, niscaya ALLAH akan memanggilnya di hadapan makhluk2-NYA hingga DIA memilihkan untuknya bidadari yg disukainya.” 
-(Shohih Tirmidzi no. 2021)-
-> MEMPERHATIKAN PARA JANDA DAN ANAK YATIM
“Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW, ‘ Org yg memperhatikan janda & org miskin bagaikan mujahid di jalan ALLAH.”Saya (Abu Hurairah r.a) mengira beliau juga bersabda : “Bagaikan org yg beribadah tiada henti & bagaikan org yg selalu puasa.” 
-(Muttafaq Alaih)- 
“Saya & org yg menguruskan anak yatim (nanti) di surga seperti ini, serta mengisyaratkan dua jarinya.” 
-(HR. Al Bukhari)-
-> WUDHU DALAM KONDISI KONDISI YANG TIDAK MENYENANGKAN
“Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yg dapat menghapus kesalahan & meninggikan derajat? “, Mereka menjawab: “Mau Ya Rasulullah!”, bewudhu pada saat yg tidak menyenangkan dan memperbanyak langkah ke masjid & menunggu sholat setelah sholat, itulah ribath, itulah ribath.” 
-(HR. Muslim)-
-> ADZAN
“Seorg mu’adzin diampuni sepanjang suaranya & pahalanya bagaikan pahala org yg shalat bersamanya.” 
-(Shahih Targhib Wa Tarhib Juz I/58)-
-> MEMBANGUN MASJID
“siapa yg membangun masjid sekedar rumah burung atau lebih kecil dari itu, maka ALLAH akan membangunkan rumah untuknya di surga.” 
-(Shohih Ibnu Majah II/498 no. 787, dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Targhib wa Tarhib I/66 no. 271)-
-> BERJALAN MENUJU TEMPAT SHOLAT
“Siapa yg bersuci di rumahnya kemudian berangkat ke rumah ALLAH utk menunaikan salah satu kewajiban dari ALLAH (sholat), niscaya langkah2nya yg satu akan menghapuskan kesalahan & yang lainnya akan mengangkat derajat.” 
-(HR. Muslim II/131 no. 1553)- 
“Berikan kabar gembira kepada org yg berjalan dlm kegelapan (masjid), yaitu bahwa mereka akan mendapatkan cahaya yg terang benderang pada hari kiamat.” 
-(Shohih Ibnu Majah III/54 no. 830 dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Al Jami’ XII/81 no. 5134)-
-> SHALAT DI AWAL WAKTU
“Sesungguhnya RABB kalian berfirman : ‘Siapa yg shalat pada waktunya & menjaganya serta tidak melalaikannya krn menganggap remeh kedudukannya maka baginya ada janji dari-KU untuk AKU masukkan ke dalam surga.” 
-(HR. Ahmad XXXIX/258 no. 18622) dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam shohih Targhib wa Tarhib I/96 no. 401)-
-> SHALAT BERJAMAAH
“Siapa yg shalat sebyk 40 hari secara berjamaah & mendapatkan takbir pertama , dicatat baginya dua kebebasan, kebebasan dari neraka & kebebasan dari nifaq (sifat munafiq).” 
-(Shahih At Tirmidzi, lihat dalam kitab Shohih Kunuuz As Sunnah An Nabawaiyyah I/53)-
-> SHALAT NAFILAH (TATHTHOWWU’, SUNNAH)
“Dua rakaat (sebelum shalat) fajar lebih baik dari dunia beserta isinya.” 
-(HR. Muslim II/160 no. 1721)-
 -> QIYAMUL LAIL (TAHAJJUD)
“Hendaklah kalian melakukan Qiyamul Lail karena hal tersebut merupakan kebiasaan org2 Sholeh sebelum kamu, dapat menghapuskan dosa serta kesalahan & dapat menyingkirkan penyakit dari badan.” 
-(HR. Tirmidzi XIII/72 no. 3895 Abu Isa berkata., hadits ini gharib)-
-> DZIKIR DAN TASBIH
“Tidak mampukah salah seorg diantara kalian meraih seribu kebaikan dalam sehari?, maka berkatalah salah seorang sahabat, “bagaimanakah salah seorg diantara kita meraih seribu kebaikan dalam sehari? Beliau bersabda, “Ucapkan tasbih Subhanallahi wa bihamdih seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan & dihapus baginya seribu keburukan.” 
-(HR. Muslim VIII no. 7072)- 
“Ada dua kalimat yg ringan (diucapkan) oleh lisan tetapi berat dlm timbangan di sisi ALLAH : Subhanallahi wa bihamdih subhanallahi al azhiim.” 
-(HR. Bukhari XXII/172 no. 7021)- 
 “Subhanallah wal hamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar (adalah kalimat yg dgn membacanya akan ditanamkan bagimu sebatang pohon dlm surga.” 
-(Shohih Ibnu Majah XI/3939, Syaikh Al Albani menShohihkannya)-
-> ISTIGFAR
“Beruntunglah org yg mendapatkan dlm lembaran (kehidupan)nya istigfar yg banyak.” 
-(Shohih Ibnu Majah XI/411 no. 3950 Syaikh Al Albani berkata Hadits ini shohih)
-> SHALAWAT KEPADA NABI
“Siapa yg (membaca) shalawat kepadaku sekali saja maka ALLAH akan bershalawat (merahmatinya) 10 kali. Dan dihapuskan baginya 10 kesalahan serta diangkat untuknya 10 derajat.” 
-(Shahih An-Nasa’I III/58 no. 1296, Syaikh Al Abani hadits ini shahih)-
-> BERJIHAD DIJALAN ALLAH
“Berangkat dipagi atau sore hari (saat berjihad) dijalan ALLAH lebih baik nilainya dari dunia & seisinya. ” 
-(HR. Ibnu majah VIII/372 no. 2862, Silsilah Ash Shahihah VII/125 no. 2924)-
-> INFAQ DIJALAN ALLAH
“Siapa yg berinfaq dijalan ALLAH maka dicatat baginya 700 lipat.” 
-(HR. Ahmad IV/345 no. 19057, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam shahih Al Jami’ no. 6110)- 
“Siapa yg menyediakan (segala keperluan) bagi seseorg yg berperang maka dia (dianggap) telah berjihad & siapa yg memberikan jalan bagi keluarganya utk berperang maka dia telah berperang. ” 
-(HR. Muslim III/ 1506 no. 1895)-
-> MENJENGUK ORANG SAKIT
“Seseorg yg pada ptg hari menjenguk orang sakit, maka saat keluar diiringi oleh 70,000 malaikat yg memohon ampunan untuknya hingga pagi hari & siapa yg menjenguknya pada pagi hari maka saat dia keluar diiringi 70,000 malaikat yg memohon ampunan untuknya hingga ptg hari. ” 
-(HR. Abu Dawud II/202 no. 3098, Shahih Targhib Wa Tarhib III/197 no. 3476)- 


Selasa, 22 Februari 2011

sYURGA aTAU nERAKA, yakinkah kita...?

Seringkali kita lupa diri, tidak tahu diri, sehingga kita lupa dengan tujuan hidup ini, yakni ujian...!!! Untuk mengingatkan kembali untuk apa kita di dunia ini, saya bawakan hadits-hadits tentang surga dan neraka Nabi SAW bersabda :

“Surga dan neraka telah diperlihatkan kepadaku, maka aku belum pernah memandang hari yang lebih banyak mengandung kebaikan sekaligus keburukan daripada hari ini. Kalau kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis” Anas bin Malik melanjutkan, “Tidak ada hari setelah itu yang lebih berat bagi para Sahabat dibandingkan dengan hari tersebut. Pada hari itu, mereka semua menutup kepalanya sambil terisak-isak karena tangisan”
-(HR Bukhari dan Muslim)-

Bagaimana saudaraku...? Apakah hatimu tergetar mendengar hadits ini..? Kalau seandainya tidak, maka engkau adalah manusia yang sangat perlu untuk dikasihani, bagaimana tidak? Para sahabat yang jiwa, raga dan hartanya telah mereka curahkan untuk membela dan memperjuangkan Islam, dengan ketakwaannya mereka adalah manusia yang sangat takut kalau-kalau akhir kehidupan mereka di neraka. Sementara kita…? Apa yang telah kita persiapkan? Apa yang telah kita berikan untuk Islam dan kaum muslimin? Mereka dihina, dimusuhi, dilempari, diusir dari kampung halaman, disiksa seperti Bilal, pernahkah kita mengalami hal seperti itu...? Dalam riwayat lain disebutkan :

“Demi ALLAH, kalau kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit bersenang-senang dan banyak menangis, dan kalian juga tidak akan bersenang-senang terus di atas ranjang dengan istri kalian, lalu kalian akan keluar menuju ke pegunungan (tempat menyepi) untuk beribadah kepada ALLAH” Abu Dzar berkata, “Sampai-sampai aku menginginkan kalau diriku hanyalah pohon yang tumbang”
-(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad yang hasan)-
 
Begitulah, begitu mengerikannya ketika kita dihisab di akhirat, hanya ada 2 pilihan, surga atau neraka, sampai-sampai Abu Dzar, seorang sahabat Nabi yang keimanan dan amalnya tidak kita ragukan, membela Nabi, membela Islam, beliau kalau diminta memilih daripada dihisab, beliau memilih menjadi sebatang pohon karena pohon tidak ada beban yang harus dipertanggungjawabkan. Bagaimana dengan kita? Apa yang sudah kita siapkan untuk hari perhitungan nanti? Apakah kita sudah menyiapkan amalan-amalan kebaikan? Apakah kita sudah berprinsip bahwa “waktu adalah ibadah”, atau malah selama ini kita hanya membuang-buang waktu dengan sesuatu yang kurang bermanfaat atau bahkan diisi dengan dosa dan kemaksiatan.


ALLAH SWT menjanjikan bagi hambanya yang taat akan diberi balasan yang tiada taranya di Surga kelak. Surga merupakan tempat yang tidak ada di dalamnya kecuali kenikmatan dan kenikmatan yang paling nikmat adalah melihat wajah ALLAH SWT, dzat yang selama ini kita bergantung kepadaNYA, dzat yang ketika kita sakit kita memohon kepadaNYA agar disembuhkan, dzat yang ketika kita kekurangan kita memohon kepadaNYA, dzat yang apabila kita mendapat nikmat kita bersyukur kepadaNYA, dzat yang selalu kita mohon kebaikan-kebaikan kepadaNYA.

Isnin, 21 Februari 2011

cIRI2 sOLAT sEMPURNA...

Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah :

1.    Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi SAW.
2.   Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
3.   Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
4.   Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
5.   Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi SAW? Bagaimana caranya?

Hukumnya adalah wajib kerana Nabi SAW bersabda (dalam bentuk perintah) :
"Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat."
-(Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith-radhiyallahu anhu)-

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1.   Bersih dari hadas dan najis.
2.   Memakai pakaian menutup aurat.
3.   Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4.   Memastikan arah qiblat.
5.   Persediaan batiniyah iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat. Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah RA menceritakan :

"Suatu hari Nabi SAW berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya : Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat".
-(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)-

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.