salam...


Khamis, 17 Februari 2011

iMAN...

Maksud sepotong hadis Rasulullah SAW, "Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."

  1. Beriman dengan Allah SWT dan tidak berlaku syirik kepadaNya.
  2. Selain Allah SWT smua adalah ciptaanNya & Dialah yg kekal buat selama-lamanya.
  3. Beriman dengan Malaikat.
  4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT.
  5. Beriman dengan utusan-utusan Allah SWT.
  6. Beriman dengan takdir Allah SWT, sama ada baik & buruk semuanya dari Allah SWT.
  7. Beriman dengan hari qiamat.
  8. Beriman dengan adanya syurga.
  9. Beriman dengan adanya neraka.
10. Mencintai Allah SWT dengan sebenar-benarnya.
11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah SWT.
12. Mencintai Baginda Rasulullah SAW.
13. Ikhlas.
14. Taubat.
15. Takut kepada Allah SWT.
16. Mengharapkan rahmat Allah SWT.
17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
18. Bersyukur.
19. Menepati janji.
20. Bersabar.
21. Tawadhuk.
22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.
23. Redha dengan apa yang ada.
24. Tawakkal.
25. Jangan sombong.
26. Menjauhi kemarahan.
27. Berperasaan malu.
28. Menjauhi iri hati, dengki dan hasad.
29. Menjauhi kekecohan, seperti buruk sangka dan tipu daya.
30. Jangan terlalu mencintai dunia.
31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)
32. Membaca al-Quran.
33. Mempelajari ilmu agama.
34. Mengajar ilmu.
35. Berdoa dan bermunajat.
36. Mengingati Allah SWT dan beristighfar.
37. Menjauhi kesia-siaan dan perkataan yang melampau batas.
38. Kebersihan, pada badan, pakaian dan tempat tinggal.
39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.
40. Sedekah dan berzakat.
41. Puasa.
42. Haji.
43. Iktikaf.
44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama /berjihad.
45. Menunaikan nazar dan kifarah.
46. Menjaga amanah.
47. Menutup aurat.
48. Berkorban.
49. Menyempurnakan jenazah.
50. Menjelaskan/membayar hutang.
51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.
52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.
53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.
54. Menjauhi perzinaan.
55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.
56. Menunaikan hak kedua ibubapa.
57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.
58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.
59. Mempereratkan silaturrahim.
60. Memerintah dengan adil.
61. Menyertai jamaah.
62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).
63. Membaiki keadaan sesama secara sukarela & untuk keredhaan Allah SWT semata-mata.
64. Menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran.
65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.
66. Memelihara batasan Allah SWT.
67. Membelanjakan harta ditempat yg diredhai Allah SWT, tdk membazir,boros & kedekut.
68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.
69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.
70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan