salam...


Jumaat, 18 Februari 2011

wasiat Nabi Muhammad SAW : selalu menyenangkan hati suami...

Rasullullah SAW bersabda :

“Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab : Tentulah sahaja kami suka. Maka Rasulullah SAW bersabda, iaitu setiap isteri yg kasih sayang & banyak anak & apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya & berkata, inilah tanganku terserah kepadamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku.” 
-(HR. Thabrani)-.

Isteri yg solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha utk menghilangkan kesusahan suami & ikut serta membantu menyelesaikan masalah yg sedang dihadapi. Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu yg pertama di Qua Hira’, Baginda SAW menceritakan kepada isterinya Khadijah tentang semua suka duka yg dialaminya, supaya mendapat sokongan, bantuan dan hiburan dan isteri tercinta.

Isteri yg terkenal sebagai seorang wanita Quraisy yg paling cerdas akalnya & luhur budi pekertinya itu, sangat mengerti apa yg diharapkan oleh kekasihnya. Dgn penuh kehangatan & kasih sayang beliau berusaha menghiburkan & meyakinkan hati suaminya itu. Beliau pula manusia pertama yg percaya pada Kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Beliaulah yg menghibur Rasulullah SAW ketika pulang dan Gua Hira’, sedangkan pada waktu itu Rasulullah dlm keadaan ketakutan yg luar biasa. Kerana secara tiba2 sewaktu ia berada di Gua Hira’, iaitu pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW didatangi oleh malaikat yg berkata : “Hai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah!”

 Rasulullah SAW bersabda:

“Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan tanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil. Tergopoh-gapah aku masuk kerumah menemui Khadijah, sambil berkata: “Selimutkan aku, selimutkan aku.” Akhirnya rasa takutku beransur hilang.” Aku ceritakan semuanya yg aku alami kepada Khadijah.

Lalu dengan penuh rasa percaya & mesra beliau berkata : “Bergembiralah wahai sayangku! Demi ALLAH, DIA tidak akan menghinakanmu sedikitpun. Demi ALLAH sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sentiasa memelihara hubungan baik dgn keluarga, bercakap benar, menunaikan amanah, tabah dlm menanggung musibah, suka menerima tamu & senang menolong org yg ditimpa bencana.”
(HR. Thabrani).

Itulah Khadijah seorg wanita mulia, beliau selalu menguatkan semangat & meringankan beban penderitaan suaminya. Beliau selalu berusaha utk mengecilkan beban & musibah yg sedang di alami si suami dlm perjuangan, hingga akhir hayatnya.

Khadijah mengetahui betul sifat & akhlak kekasihnya baik di dlm mahupun di luar rumah. Kata2 “bergembiralah” sebagaimana yg disebutkan diatas, adalah satu ucapan yg keluar dari lubuk hati seorang isteri yg sudah menempuh perjalanan hidup yg sangat panjang baik senang mahupun susah dgn buah hatinya.

Di ucapkannya kata2 penghibur dgn penuh rasa percaya & sukacita, kerana dia sudah melihat cahaya terang sudah mulai menghalau kegelapan.

Kemuliaan jiwa Syaidatina Khadijah R.A itu, membuatkan Rasulullah SAW tidak dpt melupakan isterinya itu, sehingga ketika Syaidatina Khadijah R.A sakit, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalnya. Sewaktu Syaidatina Khadijah sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW selalu mengingat dan mengenang isteri tercintanya yg berani & tabah dalam menghadapi suka duka kehidupan.

Rasulullah SAW juga tidak dpt melupakan kasih mesra yg diberikan Syaidatina Khadijah, sehingga Baginda SAW menghembus nafasnya yg terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan