Firman ALLAH SWT :
"orang-orang beriman hati mereka tenang dengan berzikir, ketahuilah hanya dengan berzikir hati akan tenang, damai dan bahagia"
-(QS Ar Ro'du 28)-
Bentuk zikir berbeza-beza. Ada zikir qauli (disebut dengan lidah). Ada zikir fe’li (amalan lahir) dan ada zikir qalbi (iaitu zikir di hati)
-> Zikir qauli ialah apa yang disebut dengan lidah berulang-ulang kali seperti nama-nama Tuhan, istighfar, selawat, ayat-ayat Al Quran dan sebagainya. Zikir qauli ini bertujuan untuk membantu hati dalam mengingati ALLAH .
-> Zikir fe’li pula ialah segala ibadah lahir sama ada yang sunat mahupun yang wajib atau fardhu. Ini termasuklah solat, puasa, zakat, haji, sedekah, menolong orang dan sebagainya.
-> Zikir qalbi atau zikir hati itu ialah segala ibadah rohaniah yang melibatkan akal dan hati. Ini termasuklah mendidik hati supaya mengenal Tuhan sehingga menjadi orang yang arifbillah (orang yang mengenal ALLAH dengan hatinya). Kemudian menjadi orang yang cinta kepada ALLAH . Orang yang kenal ALLAH itu pasti akan jatuh cinta pada-Nya kerana ALLAH itu Maha Baik dan Maha Sempurna sifat-Nya. Selepas itu menjadi orang yang takut kepada ALLAH iaitu takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya. Kemudian pula menjadi orang yang kuat rasa bertuhan. Rasa hebat, gerun, tawakal, bergantung harap kepada ALLAH . Merasakan ALLAH sentiasa melihat, mengetahui serta mengawasi.
Firman ALLAH SWT :
“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang membersihkan hatinya (roh, jiwa, nafsunya) dan kecewalah sesiapa yang mengotori hatinya.”
-(Asy Syam: 9-10)-
Yang dikatakan yazkuru atau berzikir di dalam Al Quran untuk mencapai taqwa itu bukanlah setakat zikir biasa atau zikir luaran (qauli dan fe’li) tetapi adalah zikir qalbi yang merangkumi segala ibadah rohaniah atau ibadah hati.
Sabda Rasulullah :
“Bahawasanya ALLAH tidak memandang akan lahir (rupa dan harta) kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan